Peta SK SEMENTA KLANG

Peta SK SEMENTA KLANG

Friday, January 22, 2010

Sesi Pembelajaran di Sk Sementa Klang













Thursday, January 21, 2010

SEKOLAH TELAH BERMULA TAHUN 2010

Assalammuaialaikum,
Kepada warga Sk Sementa Klang... untuk tahun 2010, masuk hari yang ke 18 kita bersekolah. Moga-moga tahun 2010 ini. Memberi nafas dan sinar baru kepada Sk Sementa Klang, dengan pencapaian akademik dan kokurikulum yang lebih cemerlang. Warga pendidik di sekolah ini juga telah bertambah dari hari kehari...
Selamat datang diucapkan kepada mereka... sama-samalah kita menjayakan matlamat sekolah.
HIDUP SK SEMENTA KLANG

SEJARAH SEKOLAH SK SEMENTA




Nama sekolah ini adalah berdasarkan nama kampung ini iaitu Kg. Sementa. Asalnya nama sekolah ini ialah Sekolah Melayu Sementa dan kemudiannya telah bertukar ke nama Sekolah Umum Sementa. Akhirnya telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Sementa.Sekolah asal ini mula dibuka pada 07 Februari 1903 di Batu 53/4 Jalan Kapar di mana sekarang ini telah didirikan Kilang Batu Marmar (Associated Tiles Works). Guru Besarnya ketika itu ialah Cikgu Idris.Sekolah ini telah dirobohkan dari tempat asalnya pada 18 Jun 1926 dan dipindahkan ketapak yang ada sekarang ini iaitu di Batu 6 3/4 Jalan Kapar. Sekolah ini telah di rasmikan pada 12 September 1926 dengan murid seramai 49 orang.Guru besar pertama: En. Zainuddin Bin Abu Bakar