Peta SK SEMENTA KLANG

Peta SK SEMENTA KLANG

Thursday, January 21, 2010

SEJARAH SEKOLAH SK SEMENTA




Nama sekolah ini adalah berdasarkan nama kampung ini iaitu Kg. Sementa. Asalnya nama sekolah ini ialah Sekolah Melayu Sementa dan kemudiannya telah bertukar ke nama Sekolah Umum Sementa. Akhirnya telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Sementa.Sekolah asal ini mula dibuka pada 07 Februari 1903 di Batu 53/4 Jalan Kapar di mana sekarang ini telah didirikan Kilang Batu Marmar (Associated Tiles Works). Guru Besarnya ketika itu ialah Cikgu Idris.Sekolah ini telah dirobohkan dari tempat asalnya pada 18 Jun 1926 dan dipindahkan ketapak yang ada sekarang ini iaitu di Batu 6 3/4 Jalan Kapar. Sekolah ini telah di rasmikan pada 12 September 1926 dengan murid seramai 49 orang.Guru besar pertama: En. Zainuddin Bin Abu Bakar