Peta SK SEMENTA KLANG

Peta SK SEMENTA KLANG

Wednesday, June 30, 2010

SUMBANGSIH - Program Motivasi Murid 2010

Program Motivasi Murid

Program tersebut bagi memberi kesedaran dan kekuatan diri murid-murid yang akan menghadapi UPSR 2010. Program ini akan dilaksanakan bermula pada hari Jumaat ini...

sebarang maklumat lanjut akan disiarkan kemudian....

-ILMU SULUH HIDUP-




HARI TERBUKA IBU BAPA SK SEMENTA 2010

Pemberitahuan, Sk Sementa Klang. ( KAD LAPORAN MURID )

Hari terbuka kepada ibu bapa, bagi mengambil kad laporan peperiksaan pertengahan tahun 2010.
Pada : Jumaat ( 2. Julai. 2010 )
Masa : Sesi Pagi ( 8:00pg - 11:00 pg )
Sesi Petang ( 12:00ptg - 6:00 ptg)

hari tersebut diadakan bagi memberi peluang kepada ibu bapa / penjaga membincangkan perkara berkaitan murid2 dan anak2 mereka tentang pelajaran dan displin.

- 1 MALAYSIA, 1 SK SEMENTA -

PERTANDINGAN MEMANCING AMAL 2010



Pihak PIBG Sk Sementa telah menganjurkan Pertandingan Memancing Amal pada 27 Jun 2010 bertempat di Kolam Memancing Berjaya ,Kg Perepat. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mengisi tabung pembinaan Musolla As-Syafie.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan pertandingan di atas.

Monday, June 28, 2010

Diari Sk Sementa Klang

Perlancaran Laman Blog Diari Sk Sementa Klang, yang direalisasikan oleh salah seorang Guru Sekolah Sementa Klang.

http://diarisksementa.blogspot.com

Thursday, June 10, 2010

Semakan Keputusan Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan Sesi Penilaian Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) tawaran Tahun 2010 boleh mula disemak mulai Isnin (7 Jun 2010) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu www.moe.gov.my

Tuesday, June 1, 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

Minggu peperiksaan SK SEMENTA KLANG yang dijalankan dari hari Isnin- Jumaat...
Semoga murid-murid dapat mengaplikasikan setiap ilmu dan kemahiran yang telah dibimbing
oleh para guru mereka.

Pelbagai petua dan panduan perlu dipatuhi oleh pelajar untuk mencapai ke arah kejayaan ini.

1.Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.

2.Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.

3.Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.

4.Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat
akan menyebabkan otak kurang cekap.

5.Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh
melemahkan tenaga dan melembapkan minda.

6.Bangun tidur awal pada setiap pagi.

7.Bagi pelajar Islam, perbanyakan sembahyang hajat.

8.Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.

9.Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

10.Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.

11.Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan
bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan
kurang ajar dengan guru.

12.Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.

13.Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

14.Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

15.Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

16.Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar
sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.

17.Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.

18.Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

19.Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.

20.Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas
peperiksaan.

21.Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan
moral sebegini amatlah penting.

22.Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

23.Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

24.Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

25.Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.

26.Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!

27.Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.

28.Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.

29.Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

30.Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.