Peta SK SEMENTA KLANG

Peta SK SEMENTA KLANG

Monday, February 8, 2010

PENTADBIRAN SK SEMENTA

Amanat Guru Besar S.K Sementa
Nama sekolah ini adalah berdasarkan nama kampung ini iaitu Kg. Sementa. Asalnya nama sekolah ini ialah Sekolah Melayu Sementa dan kemudiannya telah bertukar ke nama Sekolah Umum Sementa. Akhirnya telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Sementa.Sekolah asal ini mula dibuka pada 07 Februari 1903 di Batu 53/4 Jalan Kapar di mana sekarang ini telah didirikan Kilang Batu Marmar (Associated Tiles Works). Guru Besarnya ketika itu ialah Cikgu Idris.Sekolah ini telah dirobohkan dari tempat asalnya pada 18 Jun 1926 dan dipindahkan ketapak yang ada sekarang ini iaitu di Batu 6 3/4 Jalan Kapar. Sekolah ini telah di rasmikan pada 12 September 1926 dengan murid seramai 49 orang.Guru besar pertama: En. Zainuddin Bin Abu Bakar

Visi Sekolah
Mewujudkan sebuah institusi bagi membentuk, mendidik dan melahirkan masyarakat berilmu, berhemah tinggi, berketerampilan dan berwawasan serta menyemarakkan integrasi nasional selaras dengan objektifFalsafah Pendidikan Negara

Misi Sekolah
Menjadi wadah bagi menjana peradaban ilmu selaras dengan perkembangansains dan teknologi, seiring dengan Aspirasi Negara Membentuk masyarakat seimbang dan berakhlak mulia sertaberbudaya kerja cemerlang

Objektif Sekolah
Meningkatkan kecemerlangan akademik sema murid tahap 1 menguasai 3M meningkatkan percapaian PKSR ke arah 90% dan UPSR 70% dan 20 calon 5A.
Memaksimumkan penguasaaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris 1,2,3 dan 4.
Memaksimumkan penggunaan Teknologi Maklumat dalam pertadbiran serta proses pengajaran dan pembelajaran.
Meningkatkan tahap penglibatan murid dalam kokurikulum ke arah kecemerlangan.
Meningkat displin melalui penghayatan nilai islam dan nilai-nilai murni bagi murid bukan islam.
Meningkatkan tahap kebersihan serta keceriaan kawasan dan prasarana sekolah.
Mengamalkan ‘ Budaya Sekolah Penyayang'


Lencana Sekolah
Perisai
Sekolah ini sentiasa bersedia mempertahankan warisan sekolah ini dari semasa ke semasa. Pelajar-pelajarnya tidak mudah dihasut dan diperdayakan oleh sesiapa sahaja. Setelah dewasa semua pelajarnya sedia mempertahankan negara dari ancaman musuh.
Obor Tegak
Satu hakikat pada semua murid bahawa bersekolah adalah untuk menuntut ilmu bagi harapan kebahagian bila semangat menuntut ilmu sentiasa kekal, tidak menghiraukan sebarang rintangan
Tali Pinggang
betapa kasih sayangnya setiap orang murid kepada sekolah. Betapa eratnya perpaduan di antara sesama mereka.
Warna
Kuning : betapa kasih sayangnya setiap orang murid kepada sekolah. Betapa eratnya perpaduan di antara sesama mereka.Merah : Murid-murid sentiasa berani dan bersemangat tinggi dalam usaha mendapatkan ilmu pengetahuan.
Ilmu Suluh Hidup
Semua murid menjadikan ilmu pengetahuan sebagai teras kebahagian hidup.



Lagu Kebangsaan Sekolah
Ilmu Suluh Hidup
Sekolah Kebangsaan SementaPusat PelajaranUntuk Semua BangsaUtama Anak WatanYang Dahaga PelajaranKami Murid-murid Yang SetiaBerani Dan SanggupTanamkan Azam KitaAmalkan CogankataIlmu Suluh HidupPada Guru yang BerjasaBaktimu Kan DiingatSemua Ilmu Yang BergunaDi Dalam Hati Tersemat


Ikrar Murid-Murid
Berusaha untuk mencapai cita-cita berdasarkan prinsip rukun negara:
Kepercayaan kepada TuhanKesetian kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKesopanan dan Kesusilaan


Hubungi
ALAMAT SURAT MENYURAT/SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMENTA42100, BATU 6, KLANG,SELANGOR DARUL EHSAN.
TELEFON 03-32911308
FAX03-32911308