Peta SK SEMENTA KLANG

Peta SK SEMENTA KLANG

Tuesday, May 4, 2010

HARI GURU 16 MEI 2010

MADAH KHAS BUAT GURU-GURU SK SEMENTA KLANG.

Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang berkhidmat di sekolah ini, moga mendapat barakah dengan usaha yang gigih mendidik anak bangsa....


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
gurukuBudi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG1979

Wednesday, April 28, 2010

SURAU AL MUSOLLA IMAN AS SYAFIE


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi, bertambah lagi bangunan bagi kemudahan warga
Sk Sementa Klang. Surau ini baru dirasmikan ( pada hari Jumaat 23.04.2010 8.00 malam ). Kepada semua warga Sk Sementa Klang, jaga la kebersihan dan keindahan yang telah dibina untuk kegunaan bersama ini.
Terima Kasih kepada pihak pentadbiran Guru Besar PN NOR ISHAH BINTI ADNAN yang banyak mengambil berat terhadap kebajikan pekerjanya.

Thursday, March 25, 2010

Pemberitahuan Kem Bistari Solat.

Esok solat hajat akan diadakan di Surau Sekolah yang baru disiapkan...
kepada warga Sk Sementa, diucapkan selamat menggunakan perkhidmatan yang disediakan dengan selamat dan bersih.

Surau yang mempunyai rekabentuk yang menarik ini menjadi salah satu daripada pembangunan terkini di Sk Sementa.. pembangunan yang bermula daripada cuti tahunan sekolah pada 2009. telah pun siap dibina... Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt.. semuanya berjalan lancar dan selamat.

Dijemput semua murid tahun 1 dan 4 hadir untuk menjayakan Solat Hajat ini.

Tuesday, February 9, 2010

Organisasi PSS Sk Sementa Klang

PENYELARAS PUSAT SUMBER SK SEMENTA



PN. KHADIJAH BT HASSIM
PENGAJIAN MELAYU



1997 - KURSUS KOMPUTER (MS PUBLISHER) DI SK TELUK PULAI
2000 – KURSUS ASAS PERPUSTAKAAN 35 JAM DI PKG KAPAR
2003 – BENGKEL FAIL KUASA DI PKG KAPAR
2004 – KURSUS PEMBACAAN LITERASI MAKLUMAT
2005 – KURSUS PEMANTAPAN PUSAT SUMBER DI GENTING HIGHLAND
2008 – BENGKEL NILAM PERINGKAT DAERAH KLANG DI PPD

PUSAT SUMBER SK SEMENTA

LOGO PSS SK SEMENTA KLANG

PERANAN PUSAT SUMBER SK SEMENTA KLANG.



  1. Gedung Ilmu pengetahuan dimana memberi bantuan dan sokongan kepada murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran.
  2. Berkhidmat sebagai agen pusat untuk menghasilkan dan mengedarkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sekolah.
  3. Berkhidmat sebagai pusat di mana bahan digunakan secara individu atau secara berkumpulan.
  4. Merupakan satu bank maklumat di mana bahan pembelajaran dapat dipilih untuk penggunaan dalam kertas atau di rumah.
  5. Merupakan pusat perhubungan di antara agen perkhidmatan maklumat seperti perpustakaan awam, desa dan sebagainya.

Monday, February 8, 2010

PENTADBIRAN SK SEMENTA

Amanat Guru Besar S.K Sementa
Nama sekolah ini adalah berdasarkan nama kampung ini iaitu Kg. Sementa. Asalnya nama sekolah ini ialah Sekolah Melayu Sementa dan kemudiannya telah bertukar ke nama Sekolah Umum Sementa. Akhirnya telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Sementa.Sekolah asal ini mula dibuka pada 07 Februari 1903 di Batu 53/4 Jalan Kapar di mana sekarang ini telah didirikan Kilang Batu Marmar (Associated Tiles Works). Guru Besarnya ketika itu ialah Cikgu Idris.Sekolah ini telah dirobohkan dari tempat asalnya pada 18 Jun 1926 dan dipindahkan ketapak yang ada sekarang ini iaitu di Batu 6 3/4 Jalan Kapar. Sekolah ini telah di rasmikan pada 12 September 1926 dengan murid seramai 49 orang.Guru besar pertama: En. Zainuddin Bin Abu Bakar

Visi Sekolah
Mewujudkan sebuah institusi bagi membentuk, mendidik dan melahirkan masyarakat berilmu, berhemah tinggi, berketerampilan dan berwawasan serta menyemarakkan integrasi nasional selaras dengan objektifFalsafah Pendidikan Negara

Misi Sekolah
Menjadi wadah bagi menjana peradaban ilmu selaras dengan perkembangansains dan teknologi, seiring dengan Aspirasi Negara Membentuk masyarakat seimbang dan berakhlak mulia sertaberbudaya kerja cemerlang

Objektif Sekolah
Meningkatkan kecemerlangan akademik sema murid tahap 1 menguasai 3M meningkatkan percapaian PKSR ke arah 90% dan UPSR 70% dan 20 calon 5A.
Memaksimumkan penguasaaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris 1,2,3 dan 4.
Memaksimumkan penggunaan Teknologi Maklumat dalam pertadbiran serta proses pengajaran dan pembelajaran.
Meningkatkan tahap penglibatan murid dalam kokurikulum ke arah kecemerlangan.
Meningkat displin melalui penghayatan nilai islam dan nilai-nilai murni bagi murid bukan islam.
Meningkatkan tahap kebersihan serta keceriaan kawasan dan prasarana sekolah.
Mengamalkan ‘ Budaya Sekolah Penyayang'


Lencana Sekolah
Perisai
Sekolah ini sentiasa bersedia mempertahankan warisan sekolah ini dari semasa ke semasa. Pelajar-pelajarnya tidak mudah dihasut dan diperdayakan oleh sesiapa sahaja. Setelah dewasa semua pelajarnya sedia mempertahankan negara dari ancaman musuh.
Obor Tegak
Satu hakikat pada semua murid bahawa bersekolah adalah untuk menuntut ilmu bagi harapan kebahagian bila semangat menuntut ilmu sentiasa kekal, tidak menghiraukan sebarang rintangan
Tali Pinggang
betapa kasih sayangnya setiap orang murid kepada sekolah. Betapa eratnya perpaduan di antara sesama mereka.
Warna
Kuning : betapa kasih sayangnya setiap orang murid kepada sekolah. Betapa eratnya perpaduan di antara sesama mereka.Merah : Murid-murid sentiasa berani dan bersemangat tinggi dalam usaha mendapatkan ilmu pengetahuan.
Ilmu Suluh Hidup
Semua murid menjadikan ilmu pengetahuan sebagai teras kebahagian hidup.



Lagu Kebangsaan Sekolah
Ilmu Suluh Hidup
Sekolah Kebangsaan SementaPusat PelajaranUntuk Semua BangsaUtama Anak WatanYang Dahaga PelajaranKami Murid-murid Yang SetiaBerani Dan SanggupTanamkan Azam KitaAmalkan CogankataIlmu Suluh HidupPada Guru yang BerjasaBaktimu Kan DiingatSemua Ilmu Yang BergunaDi Dalam Hati Tersemat


Ikrar Murid-Murid
Berusaha untuk mencapai cita-cita berdasarkan prinsip rukun negara:
Kepercayaan kepada TuhanKesetian kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKesopanan dan Kesusilaan


Hubungi
ALAMAT SURAT MENYURAT/SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMENTA42100, BATU 6, KLANG,SELANGOR DARUL EHSAN.
TELEFON 03-32911308
FAX03-32911308

Monday, February 1, 2010

AKTIVITI SK SEMENTA 2010

HARI KARNIVAL MINI KEMAHIRAN HIDUP

Hari karnival mini KH telah dijalankan pada 8. Julai. 2010 ( Khamis ). Ribuan terima kiasih kepada sekolah-Antarasekolah yang terlibat dalam menjayakan karnival ini.
Antara acara yang dipoertandingkan dalam karnival KH di Sk Sementa ini, ialah :

  • Eureka
  • Gubahan Bunga Hiasan menggunakan brg terbuang
  • Inovasi
  • Reka Cipta Kayu
  • Gerai
  • Jahitan
  • Buku Skraf
  • Label Makanan
  • Johan Keseluruhan
  • Elektronik
  • Pelbagai lagi acara menarik yang disediakan.

Kenangan Lensa Kamera Sk Sementa Klang ( Tuan Rumah Pertandingan )








HARI PERJUMPAAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK SEMENTA KLANG(PIBG) TAHUN 2010.
Antara gambar-gambar terpilih :








HARI SUKAN SK SEMENTA TAHUN 2010

Antara gambar-gambar terpilih di lensa kamera fasilitator Schoolnet...












Penyampaian hadiah

...........................................................................................................................................................................





Program Maju Diri merupakan program motivasi pertama yang di adakan di SK SEMENTA KLANG. Setiap murid mendapat ilmu yang berguna setelah mengikuti program ini.